Thursday, December 10, 2009

TUDUNG LABUH PUN SAMA JE...

"Alah, tudung labuh pun sama je.Tudung je labuh tp tuan punye tudung x labuh2 pn"
"kalau setakat pakai tudung labuh nak tutup kesalahan baik tak payah!!!!!, JANGAN JADI HIPOKRIT.Baik pakai tudung saji je.."
"Budak2 tudung labuh ni x campur ngan orang lain.Kuat sangat assobiah.Macam r baik sangat.Benci aku!"
"skang nie pmpuan btudung ke x btudung ke same jek...
kalu pakai tudung stakat nk tutup kesalahan x payah laaa..nnti org taw gak..."
"Aku lagi suka wanita tak bertudung. Atleast tak hipokrit. Jadi diri sendiri. Ape orang tgk itulah diri dia. Bukankah hipokrit= munafiq."
"alah,x pakai tudung pn klu hati baik, tuhan tahu.Iman 2 kat dalam bukan kat luar.Pakai tudung pn klu jahat,tuhan tahu"


Ha, kat atas ni antara sekelumit pandangan dan umpatan2 org kat bdk2 tudung labuh yang aku sempat copy dari blog2 len.Skali tgk,hoho..teruk betul bdk2 tudung labuh ni.(Bila cakap tudung labuh ni,mesti r muslimat kn, jd kita kaum adam masih bersih kat cn..hehe).Aku rasa korang pn mesti slalu dgr ayat2 cam kat atas ni kan.SO, kena trima r realiti ni."TUDUNG LABUH PN SAMA JE.."

Amacam sobat2 sume?Setuju x?

Ni pandangan aku r.Aku bg dalam bentuk situasi r utk senang paham.Contoh, yg biasa kita tgk, sorang bdk tudung labuh sedang dop dating ngn pakwe dia.Berjam-jam dop borak.Huh,tudung je labuh..dalam situasi ni confirm ramai mulut belakang yg akan mencemuh,mengkritik dan mengejek.SO,aku nak tanya korang,elok x apa yg bdk ni buat.Klu tanya aku mmg x elok sbb dop dating cam2.Apapn,kita leh tanya pada pengkritik,pengejek dan pencemuh 2, apa yg salah? Tudung labuh or dating 2 yang salah?....So, nape kita nak campur adukkn.Tp mungkin sbb "tudung labuh VS dating" ni nampak sgt contra.X mashuk org2 muda ckp..Kita x leh nk nafikan sebenarnya bdk ni sekurang2nye dah settle dari sudut kesempurnaan menutup aurat.Patut kita bg pujian kat dia.Cumanya yg salah adalah prangai dia yg dating td.Yang ni kita kena tegur.Jadi tempat yg patut kita puji,kita puji r kan.Tempat yg kena kutuk,tetap kena kutuk.

Sebenarnya klu kita perhatikn betul2 dari situasi td, telah pn memberi kredit kpd pemakaian tudung labuh.Knapa?Sebab sebabkn bdk td pakai tudung labuh r ramai yg akan kritik,ejek dan tegur dia.Jadi ngn sendirinya nanti bdk tudung labuh akn malu, sedar or sebagainya.Tp cuba lak katakn budak yg dating ni x pakai tudung.Confirm ramai yg buat x tau je.Sbb apa?Sbb "x pakai tudung VS dating" mmg mashuk.hehe..SO,bdk tudung labuh ni td dah pn mmpunyai peluang utk berubah lbh besar dari yg freehair td.

Klu tgk lagi,antara orang slalu cakap "pakai je tudung labuh tp..malu r sikit ngn tudung 2"..ha,yup.MALU.Ini antara kelebihan bila pakai tudung labuh.Ngn sendirinya prasaan malu utk buat maksiat akn timbul.So,diri lebih trjaga.Sama r gak klu utk muslimin bagi yg pakai kopiah or serban.Confirm korang malu nak pakai seluar pendek.Cuba bayang, pakai kopiah/serban, seluar pendek.huhu..tragis.

Apapn,semua ayat2 dan umpatan2 kat kpd bdk2 tudung labuh ni patut menjadi cabaran kpd semua muslimat.Itu r realiti pandangan umum sebahagian masyarakat kt bdk2 tudung labuh.Umpatan2 ni x akan keluar saja2 klu xde sebab.Bab kat pepatah " pokok x kan bergoyang klu xde angin".SO,TAKE THE CHALLENGE!.Buat para pendokong agama,semangat utk sempurna dlm brpakaian dah bagus tinggal lagi hikmah dan method sahaja yg perlu dibaiki mana yg perlu.

Last,wat sume muslimat2 sume.Jaga imej selari ngn akhlak anda.Wat muslimin pn sama gak,jgn dop brcakap je sedap,tp wat keje malas.Huhu..kena kat diri sendiri lak.JOM DO OUR BEST!

(byk lg kelebihan pakai tudung labuh ni..confirm para muslimat lebih pakar.MUSLIMAT POWER!-MUSLIMIN SUPER!= SUPER POWER!)

Tuesday, December 8, 2009

DUNIA BARU

"Dr, bleh sy lapor diri lewat ckit? InsyaAllah minggu depan sy akan start" tanya aku kpd Pfor Madya Azizah.Penuh harapan dia akan membenarkan aku melewatkan tarikh lapor diri utk aku memulakan latihan industri. Alhamdulillah akhirnya aku dibenarkan utk datang lewat seminggu dari tarikh asal.

Gara-gara rushing naik motor 3 minggu lepas, aku jatuh motor. Menyebabkan pada tarikh latihan industri bermula aku masih lagi x berani nak naik motor balik memandangkn kecederaan belum sembuh sepenuhnya. Apapn, alhamdulillah sekarang dah daftar diri di UiTM, Shah Alam. Aku berpraktikal di sini. Kena jadi RA(Research Assistant) selama 6 bulan kat cn. Maka bermula 'dunia baru' aku kat sini.

Berjumpa dgn teman2 serumah yg sematlamat dgn aku memang mengujakan. Perkenalan awal terus menjadi erat.Sememangnya inilah hebatnya ikatan atas dasar agama. Benarlah sabda nabi : "org islam itu seperti satu binaan.Mereka saling kukuh mengukuh antara satu sama lain".

Kehidupan di UiTM Shah Alam ini sememangnya spt yg aku jangkakn.Sosial!.Jauh jika dibanding dgn USIM.Amat lain.Namun, kelainan inilah yg menimbulkan satu keazaman brbuat sesuatu. Begitulah kita, aku dan sahabat2 sumer seharusnya kekal brsemangat dgn tema "kamilah agen perubahan!".

Buat teman2, adik2, dan sumer2 kat USIM tu, selalu2 r doa kat ana ye.Rajin2 r antar mesej.Mmg confirm pasni mesti trigat kat korang sumer.K, ALL THE BEST !

(xleh nak tulis pnjg2 sbb senarnya skg dop dlm pejabat..hehe)

Sunday, September 13, 2009

SEDIKIT TETAPI LAZIM




10 Ramadhan terakhir telah menjengah. Didalamnya terkandung AL-QADR. Ayuh bersama memanfaatkan saat yang ada.

“Qolilun wal istimrarun”
, - sedikit dan berterusan. Saya tertarik dengan term ini didalam penyampaian tazkirah seorang sahabat dan membawa saya kembali menilai dan mengkoreksi diri buat seketika. Apakah amalan yang sudah saya lazimi dan menjadi kebiasaan saya?

Sememangnya iman manusia itu bertambah dan berkurang. Itu yang kita imani. Ada ketikanya kita berasa kuat dan dekat dengan Allah tapi ada juga tikanya kita merasa lemah dan jauh dari kasih sayang Allah. Ada ketikanya kita bersemangat tapi ada tikanya kita berputus asa dan berdukacita. Sememangnya itulah kita, fitrah. Kerana itulah Islam menyeru umatnya sentiasa saling menasihati semoga saat kita sedih akan ada sahabat yang akan meniup kembali semangat dan keimanan kita, begitu juga sebaliknya.

SEDIKIT DAN BERTERUSAN

Saya cuba ingin mengaitkan antara dua perenggan diatas iaitu antara konsep Sedikit Tetapi Berterusan dengan fitrah kita manusia mempunyai iman (yanzid wayanqus) bertambah dan berkurang. Rasanya tuan puan para pembaca pernah merasai satu ketika dimana kita sangat bersemangat beribadah,berdakwah atau apa sahaja amalan yang baik.Ketika ini iman kita berada pada tahap tinggi.Di tahap ini pelbagai amalan dan ibadah kita mampu lakukan contohnya qiamullail,solat dhuha,baca al-quran dan sebagainya. Namun,semestinya ada juga tikanya kita berada ditahap iman yang rendah. Di tahap ini segalanya bercelaru. Hidup tak keruan. Ibadah dan amalan dibuat sekadar melepaskan batuk ditangga. Jangankan qiamullail atau ibadah yg berat, solat yang wajib pun belum tentu sempurna (bergantung kepada individu).Ketika di tahap inilah kita berada dalam keadaan bahaya. Syaitan,nafsu,dan syahwat akan mula menguasai diri. Disinilah ramai yang kecundang. Jadi apakah persediaan kita andai satu ketika iman kita berada di tahap rendah ini? Lalu ketika inilah, amalan yang kita lazimi akan menjadi pendinding.

Apa yang saya maksudkan dengan amalan yang sudah kita lazimi adalah amalah yang cuba kita wajibkan atas diri kita. Contohnya sesetengah orang cuba mewajibkan solat dhuha setiap hari sebagai amalan.Ada pula meletakkan solat jamaah itu satu kemestian baginya.Mungkin juga melazimi bacaan mathurat setiap hari. Ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Apa yang saya ingin tekankan adalah “apakah amalan yang cuba kita wajibkan kepada diri kita?”. Inilah yang dimaksudkan sedikit tetapi berterusan. Ia lebih disukai oleh Allah daripada banyak tetapi bermusim. Apapun ‘sedikit’ itu sesuatu yang subjektif bergantung tahap kemampuan individu. Jadi saya ingin mengajak tuan puan para pembaca kita sama-sama bertanya, apakah amalan yang sudah kita lazimi dan seolah-olah wajib bagi diri kita? Jika masih ada yang belum menetapkan amalan apa yang sesuai untuk dirinya, jom berfikir sekejap dan tetapkan amalan apa yang walaupun sedikit tetapi mampu kita lakukan ketika susah dan senang. InsyaAllah, Allah akan permudahkan.

Tuesday, August 25, 2009

MISI YG BELUM TERLAKSANA




Seminggu cuti semester yang lepas, aku sempat balik kampung selama 3 hari. Kalau difikirkan macam x berbaloi sgt, tiket pergi balik dah hampir mencecah RM 100.Dan ditambah lagi tiba2 je hari nak balik, terlepas bas pulak.Terpaksa r beli tiket baru..terpaksa kluarkan RM 50 lagi..huhu

Apa yang mendorong aku balik kali ini selain mengubat kerinduan kat family adalah untuk merehatkan diri walaupun sebentar dari keserabutan fikiran kat kampus ni.Juga ada beberapa benda peribadi yang perlu dibincang dengan keluarga..

Bermuhasabah balik apa yang telah aku selesaikan pada masa lepas dan apa yang aku nak buat selepas ni..Fikir punye fikir, beberapa perancangan dan target aku trutamanya dalam organisasi telah pun tercapai.Tinggal lagi beberapa benda lagi yang x sempat dibuat.InsyaAllah, akan diselesaikan dalam masa yang masih ada ini atau akan disubkan oleh pelapis2 yg ada..



Datangnya aku dari kampung kali membawa beberapa misi besar yang baru.Selain menyelesaikan misi yang lama..cuma bezanya misi baru ini tidak lagi banyak berkisar berkenaan program persatuan universiti tetapi lebih banyak berkenaan soal akademik dan taklifan yang lain.

Kepada semua yg seorganisasi dengan aku, selamat bekerja dan terus bekerja untuk Islam.Ana mendoakan antum semua terus "enjoy" dengan kerja-kerja ini.Ribuan kemaafan dipohon kepada semua rakan seperjuangan, jika sepanjang bekerja bersama, ada salah silap, terlebih arahan, x dengar arahan, or sebagainya..Khusus kepada semua penggerak SPMM, ana minta izin untuk memperlahankan rentak ana dalam organisasi.Apapn,ALL THE BEST, kita akan terus bekerja bersama lagi walaupun dalam lapangan yang berlainan.ANA UHIBBUKUM FILLAH.

X ada apa pn sebenarnya nak ditulis, cuma mengharapkan doa-doa pembaca sekalian semoga misi-misi kali ini akan berjaya..I'M BACK !!

RAMADHAN KAREEM..SELAMAT BERIBADAH

Monday, August 24, 2009

Jangan Jadikan Maksiat Sebagai Penghalang



DiKeheningan malam,aku tunduk sujud kpdMu.Air mata keinsafan tumpah dikala mengingati segala dosa dan maksiat yg aku lakukan.Dosa dan maksiat yg aku lakukan datang silih berganti dalam kotak fikiran aku.Sungguh..banyaknya dosaku.Zalimnya aku,hinanya aku,bodohnya aku..

Aku yakin sahabat2 dan tuan puan skalian juga selalu bermunajat,menangisi segala dosa dan maksiat yg dilakukan.Indahnya ketika mengadu kpdNya..Terasa diri dekat dgnNya.Teringat aku pada sepotong hadis yg menyatakan antara dua titisan yg mampu memadamkan api neraka ialah titisan air mata yg jatuh kerana takut kpd Allah,meratapi segala dosa,menginsafi maksiat yg telah dilakukan.

Hening malam berlalu,hiruk pikuk siang pula menjelma.Aku kembali sibuk dengan urusan-urusan harian aku.Sedih utk aku luahkan tp inilah hakikat.Aku mulai leka.Lena dgn peredaran masa siangku.Hanyut dibawa arus dunia.Skali lagi langkahku tersasar.Aku kembali menzalimi diri.Dosa maksiat terus diulangi..Allah mula kulupai.Lemahnya aku.

Tiada lagi sedu sedan tangisan keinsafan.Titisan air mata malam tadi seolah tidak berharga.Mana janji2 aku sebelum ini?Begitu mudah aku mungkiri.Janji sekadar tinggal janji.Segala tekad terus skadar tinggal tekad tanpa diterjemah dalam perbuatan.Aku terus melangkah bongkak diatas bumi tuhan.Tiada lagi rasa kehinaan seorang hamba..

Bila difikirkan,aku rasa tersangat malu dihadapan tuhan.Begitu mudah aku mendustakanNya yg pada hakikat menipu diriku sendiri.Malu lagi aku utk menadah tangan bertaubat kpd tuhan sedangkan taubat x pernah aku tepati.Seolah aku hamba durhaka bermuka tembok,x malu2 meminta belas kasihan tuhan tp terus menerus mengulang dosa yg sama.

Ketika inilah rasa diri down sangat. ”Buat apa aku solat sunat ?Xde guna pun..buat yg sunat pn aku buat jahat gak”.Ni r antara yg slalu bermain di benak aku.Rasa xde guna lagi aku buat baik sedangkan pada masa sama aku buat benda jahat.Mungkin ada persamaan dgn tuan puan.

Untuk kembali bertenaga, aku selalu ingat kata2 azimat “abg kesayangan aku”. Dia kata “kita ini dalam perjalanan menuju Allah..Dalam perjalanan itu pastinya ada kita jatuh, sesat jalan, sakit dan macam2 lagi musibah yg akan kita hadapi.Jangan jadikan itu sbg penghalang kpd kita.Jangan jadikan maksiat yang kita lakukan sbg halangan utk kita sampai kpd destinasi akhir iaitu Allah.Bangun, jatuh, bangun lagi….mulakan tapak yg baru”.Itulah antara sarikata pesanannya.

Buat sahabat dan tuan puan, jom kita bangun dan pastinya kita akan jatuh lagi.Namun ambik nafas,kumpul tenaga dan bangun lagi.Kerana perjalanan kita masih jauh. Tidak kiralah macam mana kita cedera, sakit dan sebagainya tp kita akan jumpa kejayaan dan kenikmatan sebenar bilamana kita sampai ke destinasi akhir kita nanti.

MUNAFIQKAH AKU?



Malam ni selapas selesai munaqashah ngn adik2 junior,aku mula terfikir sejauh mana pengorbanan,peluh,keringat,penat lelah yg telah aku sumbangkan untuk islam yg aku selalu laungkan.Aku mula terfikir setakat ini sahajakah semangat syabab yg aku ada? setakat ini sahajakah usaha yg aku mampu lakukan dengan fizikal tenaga mudaku? Ataupun aku ini sebenarnya sekadar tin kosong yg gah dengan bunyinya tapi lupa akan isinya yg kosong?Inikah Mujahid Dakwah yg selalu aku impikan.Ah,semuanya bermain di kepalaku.

Teringat pula aku dengan surah as-saf ayat 2 dan 3 yg selalu aku jadikan isi dlm setiap tazkirah dan munaqashahku.Ayat yg menyentuh betapa besar kebencian Allah kepada seorang mukmin yg cakap x serupa bikin.Teringat pula ayat 4 surah Al-Munafiqun yg menceritakan bagaimana org2 munafiq mampu membuatkan orang yg melihatnya terpegun kagum dengan kehebatannya.Mereka mampu membuat para hadirin terkesima dengan kepetahan mereka.Mereka mampu menjadi seolah2 jaguh dakwah yg hebat di pentas.Walhal mereka ni x ubah seperti tunggul kayu yg pada hakikatnya x berguna dan kosong dari sudut ilmu dan tindakan.Tp apa kaitan ayat2 ni ngn aku?

Bila aku fikir kembali,sudah batapa banyak perkara yg telah aku lafazkan tp lupa pulak nak laksanakan.Batapa banyak janji yg aku taburkn yg akhirnya aku sendiri yg mungkiri.Betapa banyak nasihat yg aku bg kat orang sekeliling aku tp pada hakikatnya aku sendiri pun melakukannya bahkan mungkin lagi teruk dari yg mintak nasihat.Tp time org mitak nasihat,x segan silu lak aku bagi nasihat.

Bila aku fikir lagi,aku nipun bleh tahan gak selalu ke depan bagi tazkirah,pendapat,cadangan ygmampu membuatkan orang sekeliling aku respect ngn aku.Time aku bg tazkirah,ada gak yg antar mesej kat aku sebab bg tazkirah yg bertenaga.Time aku bagi pandangan plak,ramai plak yg setuju ngn aku siap agkat tangan buat sokongan lagi.Ada jugak yg nak lantik aku jadi Ting Tang,kira ala2 pencatur gak r.Ada plak bg gelaran kat aku ni salah seorang tanaga pemikir.Conclusionnya,kira ramai gak r yg aku mampu pengaruhi.Tapi pada hakikatnya aku ni bagaimana sebenarnya ek?

Bila aku fikir lagi,tiba2 timbul plak persoalan dalam kepala aku ni.Kenapa aku rasa seolah ayat2 dalam surah As-Saf dan Al-Munafiqun td macam kena atas kepala aku je...Klu ikutkan dua golongan yg disebut dalam surah2 tu,iaitu golongan yg pandai cakap tp x pandai buat,dan golongan yg hebat berkata2 sampai dapat pengaruh org ramai tp x ubah cam tunggul kayu yg x brguna.Aku pn rasa aku ada plak karakteristik 2.Bukankah ciri2 ni sama plak ngn ciri2 org Munafiq yg ak pernah belajar sebelum ni.Timbul plak persoalan lain dalam kepala aku....

"Aku ni munafiq ke?".susah aku nak terima perkataan munafiq 2 pada diri aku.Berat sgt plak rasanya.Tp, aku pasti memang sifat2 tu adalah sifat org2 munafiq.Habis 2 aku ni cam mane?Pening plak bila pk2.

Bila aku pk lagi,yg jelasnya aku benci ngan orang munafiq.Aku x nak jd orang munafiq.Timbul sata keazaman baru dalam diri aku berserta doa kepada Yg Maha Mendengar." Ya Allah,jauhkanlah aku dari golongan munafiq.Jangan Kau jadikan aku sebahagian dari mereka.Jadikanlah niatku dalam setiap urusan adalah niat yg ikhlas keranaMu.Jauhkanlah sifat2 munafiq ini dari hatiku.YA ALLAH,aku tahu diri ini lemah dalam menempuh dugaanMu.Namun Engkau Maha Mengetahui apa yg ada dalam hati ini.Jadikanlah aku salah seorang dari pejuang agamaMu.Ya Allah,pilihlah aku salah seorang dai JunduMU.Amin"

Tuesday, August 11, 2009



http://h1n1.moh.gov.my/

Monday, August 10, 2009

WACANA PEMIKIRAN ISLAM : Cabaran Liberalisme Di Malaysia


Friday, August 7, 2009

ARTIKEL UNTUK SPMM (pendakwahmuda.blogspot.com)



SIAPA, DIMANA DAN KEMANAKAH KAMU WAHAI SYABAB ?!!

Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk sama-sama menghidupkan laman yang sangat bermanfaat ini. Semoga laman ini akan sentiasa ‘hidup’ dengan roh para pendakwah sejati. Di ruangan yang ada ini, suka rasanya untuk berkongsi rasa dan impian di dalam penulisan ini. Dengan keterbatasan ilmu dan pengetahuan yang saya ada, mari kita sama-sama mengupas 3 persoalan asas yang saya umpamakan sebagai tunjang untuk kita terus bekerja.


SOALAN PERTAMA : SIAPAKAH KAMU ?


Kamilah SYABAB, generasi muda dan belia yang ada pada hari ini. Golongan yang menjadi pelapis kepimpinan. Mereka yang akan memegang taklifan-taklifan berat yang ada di dalam agama, bangsa dan Negara. Suka untuk saya bertegas bahawa kitalah golongan pemuda-pemudi ISLAM ! Menyedari bahawa kamu adalah pemuda tidak mencukupi tanpa mengetahui potensi dan kehebatannya.

Potensi SYABAB

Sejarah telah membuktikan kehebatan pemuda dalam menggerakkan sesuatu perubahan. Apabila pemuda bangun bertindak , maka sesuatu yang diluar jangkaan akan berlaku. Golongan ini mempunyai semangat yang kental , kehendak yang tinggi, dan berani lagi tangkas Mereka juga mampu menggarap kefahaman baru dengan budaya fikir yang mantap dan mampan.

Nama- nama seperti Salahuddin Al-Ayubbi, Sultan Muhammad Al-Fateh, Zainab Al-Ghazali terus mekar dalam lipatan sejarah kehebatan pemuda Islam. Al Quran menukilkan kisah Ashabul Ukhdud juga Ashabul Kahfi . Rasul-rasul yang mulia juga bermula pada usia yang muda.Daud, Ismail, Isa dan ramai lagi telah mengerakkan dakwah mereka pada usia yang muda. Sahabat Rasulullah SAW juga terdiri dari golongan pemuda. Khalifah- khalifah awal Islam bersama dengan dakwah Islam pada usia yang muda - Abu bakar ra masuk Islam pada usia 32 tahun, Umar ra 35 tahun, Ali ra 9 tahun, Uthman ra 30 tahun.

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى (Kahfi:13)


Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.
Tambahan juga, perlu kita sedar bahawa taklifan kita sebagai mahasiswa yang berada di Universiti Sains Islam Malaysia yang berlatarbelakangkan pengajian Islam, semestinya lebih berat. Perkataan ‘SAINS’ dan ‘ISLAM’ di dalam nama USIM sepatutnya melahirkan mahasiswa yang lengkap pakejnya untuk duniawi dan ukhrawi.
Apa yang ingin saya tanamkan disini adalah supaya kita golongan SYABAB ini jelas dengan persoalan SIAPAKAH KITA? Kitalah factor penentu jatuh bangunnya sebuah tamadun Islam.

SOALAN KEDUA : DIMANAKAH KAMU ?

Kebanyakan kita tahu, beradanya kita di alam dunia yang sementara. Tapi ramai yang sekadar
tahu tetapi tidak diikuti dengan keyakinan dan perasaan gerun. Seolah ia hanya sekadar info umum sahaja. Krisis keyakinan ini menyebabkan manusia terus hanyut dengan tipuan keindahan dunia.Malangnya, ramai yang melupakan kehidupan selepas dunia, yang akhirnya membawa penyesalan abadi.

"hari ini kita selamat menyeberangi jambatan dunia,
kerana sempurna ciptaan manusia,
suatu hari kita gagal menyeberangi jambatan akhirat,
kerana tidak menyempurnakan tuntutan dan kewajipan"

Perlu sedar bahawa relatif masa kehidupan dunia dan akhirat terlalu besar. Andaikan jika kita dapat hidup selama 80 tahun di dunia. Tapi jika dinisbahkan dengan tempoh akhirat yang kekal abadi, 80 tahun hanyalah satu detik di akhirat. Pengiraan ringkas matematik, (80/ infiniti) = 0, membawa maksud singkatnya dunia, langsung tidak boleh dibandingkan dengan lamanya kehidupan akhirat.

Perlu sedar bahawa kita sekarang berada di zaman kerosakan ummah. Zaman dimana semangat jihad tidak lagi menghiasi jiwa-jiwa kebanyakan pemuda Islam. Zaman ummat Islam diinjak dan diperkudakan oleh musuh-musuh Islam. Zaman ummat Islam diserang dari kanan,kiri,atas,bawah,depan,dan belakang. Serangan secara jelas melalui ketenteraan, dan fizikal yang berlaku di Negara –negara seperti Palestin, Thailand, China, Iraq dan banyak lagi. Namun, serangan yang lebih dahsyat melalui serangan saraf seperti pemikiran dan idealisme yang ditaja oleh musuh Islam. Natijahnya, terlalu sukar umat Islam untuk bangkit apabila virus-virus musuh sudah jauh menular dalam saraf-saraf ummat Islam.

Statistik

Sejauh manakah kerosakan ummat Islam khususnya di Malayisia? Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Dr Fadhilah Kamsah mengatakan 80% umat Islam di Malaysia TIDAK menunaikan solat 5 waktu. Hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari. Statistik pelaku zina juga sangat membimbangkan. Juga berdasarkan survey yang dibuat semasa program pengkaderan batch ke 2 SPMM yang lepas,menunjukkan jenayah yang paling hangat diperkatakan adalah seks bebas. Ringkasnya, umat Islam berada di tengah kerosakan yang teruk.

Zaman Salah Faham Terhadap Islam

Perlu sedar, di peringkat global Islam dilabel dengan agama terrorist,pengganas,pemberontak dan lain-lain. Usaha musuh untuk menggambarkan Islam sebagai agama yang menganjurkan keganasan berjaya kerana lemahnya kita yang tidak mampu berbuat apa-apa ketika diperkudakan oleh musuh Islam. Menyingkap kisah Marwa Al-Sharbini, muslimah Jerman yang mempertahankan maruah Islam, mati ditikam 18 kali di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman (Sila ambil tahu bagi yang masih tidak tahu).Jelas membayangkan kemuncak Islamphobia di Jerman.

Zaman Serangan Saraf : (Hindonisme, Liberalisme, Nationalisme, Sekularisme )

Budaya Hindonisme: Budaya yang mengagungkan hiburan melampau seolah semakin diminati pemuda Islam khususnya di Negara kita. Artis diagungkan, ulama diketepikan.Walhal jika kita singkap sejarah, budaya inilah yang telah meranapkan banyak kuasa-kuasa besar. Amerika Syarikat contohnya, pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman negara yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepemimpinan negara telah mengalami keruntuhan moral yang amat dahsyat. Amerika Syarikat yang mendabik dada kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat-saat kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis.

Liberalisme
: Merupakan satu fahaman yang berteraskan prinsip kebebasan individu tanpa sempadan. Dari pemikiran inilah lahirnya pula gerakan pembebasan hak wanita (feminisme), Kebebasan beragama yang menyamatarafkan agama Islam dengan agama lain (Pluralisme) dan beberapa lagi aliran pemikiran yang sesat. Golongan ini berselindung dengan agenda hak asasi manusia.Lebih malang apabila menjadikan agama sebagai topeng mereka.

Nasionalisme : Inilah pemikiran yang telah meracuni kebanyakan pemimpin-pemimpin Negara Islam dan rakyatnya. Fahaman yang mementingkan taat setia kepada Negara tanpa menghiraukan apa yang berlaku di Negara lain.Ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menekankan persaudaraan Islam sebagai teras agama tanpa mengira bangsa, dan Negara. Akibatnya, ketika Palestin diceroboh Yahudi, umat Islam Thailand ditindas, Negara Islam manakah yang bangkit menghulurkan bantuan?Semuanya mengambil ‘jalan selamat’ dengan sekadar mengutuk,mengecam tindakan musuh Islam yang hakikatnya langsung tidak membawa apa-apa kesan pada musuh Islam.

Sekularisme : Satu fahaman yang menganggap urusan agama tidak harus dilibatkan dengan urusan negra, politik dan pentadbiran. Pemisahan ini menyebabkan agama diterhadkan kepada ibadah-ibadah ritual seperti solat,puasa,haji sahaja tanpa mencampuri urusan-urusan Negara,politik dan pentadbiran.

Contoh-contoh kerosakan ummat dan penjelasan ringkas Isme-isme sesat ini sengaja saya tulis dengan harapan kita menyedari bahawa kita sekarang berada di zaman kerosakan ummah.Namun harus juga kita ketahui bahawa disebalik kerosakan ummat ini, kita juga berada di zaman kebangkitan Islam.Seterusnya pastikan kita mampu menjawab DIMANAKAH KAMU?

KEMANAKAH KAMU?

Setelah kita mengetahui siapa dan dimanakah kita, sudah tentunya menuntut kita mengarah kepada tindakan kita sebagai SYABAB dan pemuda Islam.Ini yang saya maksudkan dengan “kemanakah kamu” iaitu tindakan apa yang perlu kita lakukan.

Mengambil kata-kata As-Syahid Hassan Al-Banna :
“Tanggungjawab melebihi masa yang ada’ dan tarbiyyah yang bersalutkan ilmu dan cabaran lah yang dapat mendewasakan kau..”

Sekarang yang tinggal hanya persoalan samada kita mahu bekerja atau sekadar berpeluk tubuh sahaja.Namun, kita sama-sama jelas bahawa ‘kerja’ yang dimaksudkan sudah tentu akan menghadapi kesusahan dan kesulitan.Itulah fitrah bagi ‘kerja’ ini,

Ketika kita bekerja, penting untuk kita meyakini bahawa gerak kerja yang kita buat adalah untuk kebaikan kita sendiri.Meyakini bahawa Islam tetap akan menang walaupun tanpa kita.Tetapi kita yang akan ‘muflis’ dan rugi jika kita tidak bekerja untuk Islam.Jadi sekarang, terbentang dihadapan kita dua jalan, samada kita berkhidmat untuk Islam atau malas membisu.
Saya tidak berhajat untuk memanjangkan tulisan. Saya tinggalkan dengan sepotong ayat muhasabah untuk renung :

Firman Allah :

“Adakah manusia mengira mereka akan dibiarkan berkata kami beriman sedangkan kamu tidak diuji”



JOM BERDAKWAH!!

Friday, July 10, 2009

Mus’ab Bin Umair : Pemuda Dakwah Mengubah Sejarah

Mus’ab adalah pendakwah yang hebat, penuh kesungguhan dan kebijaksanaan, antara kisah yang masyhur dan telah diriwayatkan dalam kitab muktabar seperti Hayatus Sahabah karangan Sheikh Yusuf Al Kandahlawi dan Raheeq Makhtum, karangan Safiyyur Rahman Al Mubarakfuri berkenaan pengembaraan dakwah Mus’ab di Madinah adalah kisah pengislaman Saad Bin Muadz dan Usaid Bin Hudair, dua tokoh pemimpin dan golongan elit Madinah.

Driwayatkan bahawa suatu hari telah keluar bersama As’ad Bin Zurarah ke sebuah perkampungan Bani Zafar. Mereka duduk di tepi perigi Marq dan Mus’ab mengajarkan tentang Islam kepada golongan yang baru memeluk Islam.

Kelibat mereka telah dilihat oleh Saad Bin Muadz dan Usaid Bin Hadhir, lantas Saad mengarahkan Usaid agar menghalau Mus’ab dan halaqahnya dari situ. Saad membentak Usaid dengan berkata :

“Lihatlah dua pemuda itu yang telah memperbodohkan golongan-golongan kita, ayuh kau halaukan mereka dari sini, kalaulah bukan kerana As’ad Bin Zurarah itu anak saudaraku, nescaya aku sendiri yang akan menghalaunya”

Usaid lalu mengambil tombaknya lalu menuju kea rah perkumpulan Mus’ab dan As’ad, sebaik As’ad terlihat kelibat Usaid sedang menuju kearah mereka, As’ad terlihat satu potensi besar dan terus berkata kepada Mus’ab :

“Usaid itu adalah ketua kabilah dan itu dia sedang menuju ke sini, ku harap kau dapat jelaskan tentang kebesaran Allah kepadanya”

Usaid tiba di depan mereka sambil dengan marah membentak keras dan memberi amaran kepada mereka berdua agar segera beredar.

Mus’ab dengan tenang menjawab “Sudikah tuan duduk sebentar dan dengar dahulu apa yang ingin kami sampaikan, sekiranya kau senang dengan kata-kata kami, teruslah mendengarnya dan jika tuan tidak menyukainya, kami akan berhenti dan beredar dari sini”

Usaid lalu berkata “Itu adalah baik dan seadil-adilnya”, lalu Usaid memacakkan tombaknya ke tanah dan memberi perhatian terhadap apa yang ingin disampaikan oleh Mus’ab.

Mus’ab lalu membaca beberapa potong dari ayat Al Quran dan menerangkan tentang Islam kepadanya. Ternyata kalimah kebenaran yang diungkapkan oleh jiwa suci Mus’ab Bin Umair pantas menusuk masuk ke dada Usaid, akhirnya Usaid bertanya

“Alangkah indahnya kalimah yang kau ungkapkan, bagaimana aku hendak memeluk agama ini?”

Mus’ab lalu berkata “Pertamanya, kamu harus bersuci kemudian membersihkan pakaian dan seterusnya mengucap dua kalimah syahadah dan akhirnya hendaklah kau tunaikan solat dua rakaat.

Usaid kemudiannya melaksanakan tuntutan-tuntutan tersebut dan kemudian mencadangkan pula agar mereka mendakwahi Saad Bin Muadz pula, kata Usaid :

“Dibelakangku ada seorang lelaki yang mana jika beliau memeluk Islam, maka tidak seorang pun dari kaumnya yang tidak akan menurutinya”

Usaid kemudian menyusun pertemuan antara Saad dengan Mus’ab dan akhirnya dengan kebijaksanaan dakwah Mus’ab Saad masuk Islam hari itu juga dan seluruh kaumnya juga turut bersamanya memeluk agama kebenaran.

Itulah secebis kisah dari pengembaraan dakwah Mus’ab Bin Umair di Madinah, tiada pintu yang tidak diketuknya, Madinah bercahaya dengan Islam atas usaha dakwahnya.

Berita ini disampaikan kepada Rasulullah dimana Rasulullah ternyata amat gembira dan setelah itulah perintah untuk berhijrah mula dilaksanakan.

Mus’ab Bin Umair juga terlibat secara aktif dan memegang peranan penting dalam aspek pertahanan negara Madinah, beliau telah diberi kepercayaan untuk memegang panji-panji Islam ketika perang Badar dan perang Uhud. Ini membuktikan Mus’ab bukan sahaja pintar malah juga berani dan berkebolehan dalam peperangan.

Kisah keberanian Mus’ab ini terserlah dengan begitu jelas dalam peperangan Uhud, perang di mana taqdir Allah telah menetapkan kesyahidan bagi dirinya.

Bukit Uhud

Bukit Uhud

Bukit Uhud Menjadi Saksi Kesyahidan Mus’ab

Mus’ab bin Umair dalam peperangan Uhud telah menunjukkan kecekalan yang luar biasa. Ketika keadaan menjadi genting dan berkecamuk bagi tentera-tentera Islam, tentera Musyrikin telah mengambil peluang ini untuk memporakperandakan barisan tentera Islam, dan cuba untuk menjatuhkan panji Islam yang dibawa oleh Mus’ab.

Dalam serangan hebat itu, tangan kanannya telah dicantas akan tetapi Mus’ab terus memegang panji itu dengan tangan kirinya pula, serangan demi serangan dilakukan terhadap Mus’ab dan tangan kirinya pula terputus, setelah itu beliau dengan sisa-sisa tenaga yang ada mengepit panji itu di antara dada dan lehernya hingga akhirnya beliau terbunuh syahid dibunuh oleh Ibnu Qami’ah.

Itulah pengakhiran kehidupan Mus’ab bin Umair di dunia ini, beliau tidak mati bahkan hidup disisi tuhannya dengan mendapat rezeki. Namanya harum mekar sepanjang zaman menjadi contoh belia terbaik. Semasa pengebumiannya, tiada kain yang cukup untuk menutup jasadnya, tetapi rohnya terbang tinggi bergembira memperoleh janji yang benar dari tuhannya. Mus’ab Bin Umair telah memilih kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia yang sebentar, masa mudanya dihabiskan untuk dakwah dan perjuangan. Sewajarnyalah kisah Mus’ab Bin Umair ini menjadi inspirasi kepada setiap pemuda Islam hari ini.

Owner :Mohd Hisham Mohd Sharif

Pemuda Islam vs Gadis Islam

Pemuda islam..

Siapakah itu seorang pemuda islam? adakah hanya dilahirkan sebagai org islam keturunan dan bila besar menjadi pemuda islam… Sebenarnya pemuda islam merupakan rantaian baru bagi dakwah islamiah.. rantaian yg kuat, fresh dan mempunyai gerakan dakwah yg kuat… bukan senang hendak membentuk diri agar roh pejuang2 islam berada didalam diri setiap kita… pembentukan haruslah bermula dari akidah, akhlak, cara hidup dan mempunyai wadah perjuangan yg betul..

Ok.. cuba kita review kepada kehidupan normal kita sekarang aka kehidupan di bumi Allah - m’sia… mcm aku… telah berada di universiti sebagai student sepenuh masa.. bermacam-macam dugaan, mehna dan tribulasi, cara hidup serta sebagainya yg boleh merosakkan akhlak amnya.. dan apakah sumbangan selama menjadi pemuda islam kepada agama…?? persoalan ini tentu jarang sesekali kita fikirkan.. bg aku dapat grad dh cukup ok dah… tapi kita lupa.. grad bukanlah matlamat hidup tapi hanyalah misi terdekat.. ingatlah matlamat hidup kita ialah mati… tujuan hidup ialah mendapat keberkatan daripada ALLAH SWT.. manakala cara hidup ialah berlandaskan al-quran dan as-sunnah… sepanjang pengalaman aku.. mcm2 sgt gelagat pemuda islam yg mengaku islam tetapi tidak mengamalkan islam.. ada yg berasal dari keluarga yg berlatarbelakangkan agama tetapi cara hidup hilang didalam bayangan sendiri.. xsalah nk mengejar kehendak duniawi tetapi balance kanlah dengan tuntutan agama… fikirkanlah!! pemuda islam juga merupakan pembela kepada ibubapa.. melaksana amanah daripada kedua ibubapa.. pemuda islam juga adlah penyeri2 masjid Allah.. pemuda islam juga merupakan pembela kepada muslimah2 islam untuk dijagai dan dilindungi daripada sebarang fitnah serta ancaman…. inilah kehebatan pemuda islam jika kita benar2 ingin menjadi rantaian jihad fisabilillah..

Gadis islam..

Hatinya sekukuh gunung uhud, kata2nya selembut kapas tetapi penuh bermakna, jalannya untuk menuntut ilmu, manakala cara hidupnya seperti anai2 yg sedikit demi sedikit membentuk diri untuk menjadi muslimah yg sejati suatu hari nanti…

Review balik kps kehidupan realiti kita.. berapa banyakkah gadis2 islam ini menjalankan perintah Allah.. menutup aurat dgn betul, menjaga tingkah laku, menjaga diri dari tohmahan dan fitnah dunia.. ingatlah wanita itu hiasan dunia yg sungguh istimewa.,.. dan hiasan yg terbaik ialah wanita solehah..!! wanita mudah sangat terpengaruh dgn kemewahan, kesenangan, dibelai dgn wang ringgit dan bermacam2 lagi… inginkah kita melihat gadis islam kita terus hanyut dek kerana keprluan dunia??? tak malukah kita melihat gadis2 islam berjalan umpama tidak berpakaian dikhalayak ramai??? sahabat2 sekelian.. ingatlah kita ada adik2 perempuan, kwn2 perempuan.. bayangkan jika mereka hanyut tanpa pengawasan..?? ada juga gadis islam yg bijak dalam pelajaran, success, dan dikelilingi kwn2 yg baik disekeliling tetapi dia tidak sedar perlahan2 dirinya dibawa hanyut oleh hasutan iblis laknatullah… ramai juga terjadi kes diuniversiti gadis islam dibela oleh bangsat2 yg kaya raya.. ada yg sampai menjual tubuh, ada yg sampai sanggup menipu kedua2 ibubapa untuk mengecapai kesenangan yg sementara… tgklah apa terjadi kepada sufiah??? mahukah anak2 kita nanti manjadi seperti ini??? persoalan nya kepada diri kita sendiri untuk sama2 membentuk gadis islam…

Janganlah dibuang mereka.. tetapi dekatilah mereka, sayangilah mereka, didiklah mereka, berkawanlah dgn mereka.. berilah nasihat.. supaya mereka tahu erti sebenar kenapa Allah menurunkan islam didunia ini.. islam bukan sekadar solat 5 waktu tetapi lebih daripada itu yg merangkumi keseluruhan hidup manusia… merekalah bakal2 ibu.. bakal2 insan yg hebat, bakal2 muslimah yg menghuni syurga firdaus..

KEPADA pemuda islam dan gadis islam

Selalulah muhasabah diri.. dimana kesilapan dan kekurangan.. manusia tak sempurna tetapi kita WAJIB sentiasa cuba membentuk diri menjadi sebaik mungkin.. cuba dan cuba sehingglah waktu tibanya malaikat maut untuk melaksanakan tugasnya… aku menulis inipun sebagai rangsangan kepada diri sendiri untuk menjadi yg lebih baik. semoga sahabat2 sekelian sentiasa dirahmati Allah swt… amin!!

p/s - tak guna ada mata kalau tak tahu melihat dan tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..

Copy and paste from shah-pjot.blog.friendster.com

Tuesday, June 23, 2009

Dakwah dan Cabaran Islam Liberal

Oleh: DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN

Berdakwah adalah wajib bagi lelaki dan wanita dan tidak akan ada kecemerlangan bagi umat tanpa dakwah. Dalam surah At-Taubah ayat 71 Allah berfirman, maksudnya: “Orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan setengah mereka menjadi pembantu bagi yang lain. Mereka mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran.”

Dakwah adalah sebahagian daripada jihad. Dakwah bermaksud mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran.

Imam Muslim meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud: “Barang siapa antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia cegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan lisannya dan jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.”

Ketika mencegah kemungkaran kadar minimum yang dituntut ialah mengingkari dengan hati. Dalam kitab Dalilul Falihin telah disebutkan: “Mencegah dengan hati bermaksud membenci kemungkaran dengan hati disertai dengan azam untuk mencegahnya dengan lisan ataupun perbuatan jika seseorang mampu nanti. Membenci maksiat dengan hati hukumnya ialah wajib ke atas setiap individu dan sesiapa yang reda dengan mungkar bererti dia bersekongkol dengannya.”

Sebahagian umat Islam pada hari ini memejamkan mata mereka dari kemungkaran yang berlaku di dalam masyarakat. Lorong hidup mereka hanya menghubungkan mereka kepada rumah dan tempat kerja sahaja.

Di tempat kerja pula mereka hanya menjadi pak turut walaupun dalam perkara yang jelas bercanggah dengan Islam. Mereka berpegang kepada konsep kubur kamu, kamu jaga dan kubur aku, aku yang jaga.

Sahabat Talhah bin Ubaidillah pernah berkata, “Cukuplah menjadi keaiban pada seseorang jika dia sekadar duduk diam di rumahnya sahaja.” Perkara ini disebutkan di dalam Tabaqat ibn Saad.

Mereka yang meninggalkan dakwah tidak akan cemerlang kerana azab Allah akhirnya akan menimpa mereka. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Tirmizi, Nabi bersabda: “Demi Allah hendaklah kamu mengajak kepada makruf dan hendaklah kamu mencegah kemungkaran dan jika ini tidak dilakukan akan datanglah kepadamu balasan berbentuk seksaan daripada Allah dalam masa yang terdekat dan ketika itu kamu semua akan berdoa sedangkan Allah tidak akan mengabulkan doa-doa kamu.” Hadis ini bertaraf hasan.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis dari Huzaifah bin Yaman yang bermaksud: “Aku (Huzaifah) bertanya: Ya Rasulullah, sesungguhnya kami dahulunya berada dalam jahiliah dan kejahatan maka Allah mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Apakah selepas ini akan ada kejahatan? Nabi menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Apakah selepas kejahatan itu akan datang pula kebaikan? Nabi menjawab: Ya, tetapi akan ada bersamanya dakhnun (asap). Aku bertanya lagi: Apakah asap itu ya Rasulullah? Baginda bersabda: Golongan yang tidak lagi mengikut landasan Sunnahku dan mereka tidak menggunakan petunjuk yang aku bawa. Kamu akan mengenali dan mengingkari mereka. Aku seterusnya bertanya: Apakah selepas kebaikan ini akan ada pula kejahatan? Nabi bersabda: Ya, akan datang pendakwah-pendakwah di pintu neraka. Sesiapa yang mengikut mereka akan dicampakkan ke dalamnya.”

As-Syeikh Said Hawa dalam Al-Madkhal Ila Dakwah Al-Ikhwan Al-Muslimin mengaitkan hadis ini dengan zaman kita sekarang. Beliau berkata, “Marhalah dakhnun atau asap berterusan hingga ke zaman kita hari ini dan era kita sekarang ialah era lahirnya pendakwah-pendakwah di pintu neraka.”

Salah satu aliran yang sedang menyerang dunia hari ini ialah Islam Liberal. Aliran ini menghendaki Islam ditafsirkan secara yang lebih terbuka dan bebas tanpa terikat kepada manhaj atau landasan yang bawa oleh Nabi dan ulama salafusaleh.

Antara ciri yang terdapat pada aliran ini ialah:

1. Kesamaan agama: Islam adalah agama yang benar tetapi agama lain yang mengajar konsep ketuhanan dan kebaikan juga adalah benar.

2. Tafsiran Al-Quran perlu bebas: Wahyu mempunyai dua kategori iaitu yang bertulis dan tidak bertulis. Wahyu yang tidak bertulis ialah akal, justeru akal perlu dibebaskan untuk mentafsir Al-Quran.

3. Nabi manusia biasa: Nabi adalah manusia biasa yang boleh tersilap, justeru Baginda boleh dikritik. Sunah Nabi hanya relevan untuk masyarakat Arab di zaman dahulu. Mukjizat Nabi hanyalah cerita rekaan manusia yang kemudiannya diagung-agungkan.

4. Hadis tidak lagi relevan: Hadis-hadis tidak berasal dari Nabi. Ia hanyalah ciptaan orang-orang yang ada kepentingan. Hadis yang benar hanyalah yang bertaraf mutawatir. Namun kebenarannya hanya sesuai untuk diamalkan oleh orang Arab pada zaman Nabi. Hadis-hadis yang berkaitan dengan alam ghaib seperti azab kubur dan israk-mikraj hanyalah cerita rekaan yang dibuat oleh perawi-perawi hadis.

Antara pelopor Islam Liberal yang terkenal di Timur Tengah ialah Rifaat Bik Al-Tantawi, Taha Husein, Ali Abdul Raziq, Mahmud Abu Rayya dan Ahmad Amin.

Di Indonesia pula mereka ialah Harun Nasution, Nurcholis Majid dan Nasaruddin Umar. Pada hari ini terdapat wanita yang ingin menjadi khatib dan imam pada hari Jumaat sedangkan Allah, dengan kasih sayangnya, tidak mewajibkan solat Jumaat bagi wanita agar kaum wanita dapat memberikan fokus kepada perkara lain yang penting. Inilah antara cabaran bagi umat di akhir zaman. Agama hendak diubah, cara amalan Nabi dan sahabat mahu dicabar.

Oleh sebab kecemerlangan tidak dapat dipisahkan dari kebenaran, berdakwah bertujuan untuk menegakkan kebenaran di penjuru masing-masing mendekatkan kita kepada rahmat Allah. Dengan itu kehidupan kita menjadi sejahtera.

Allahu a’lam bisshawab.

Monday, June 22, 2009

PERGINYA SEORANG PEJUANG


Malam itu, 5 mesej masuk hampir serentak masuk ke dalam inbox anset aku. Satu persatu aku buka. Aku terkaku sebentar memerhatikan isi mesej yang sama. Khabar yang menggetarkan jiwa. Dr Fathi Yakan kembali ke rahmatullah. Pemergian yang semestinya ditangisi oleh jiwa-jiwa para pejuang Islam seluruh dunia. Perginya seorang pejuang Islam yang sukar dicari ganti.

Penulisannya mencerahkan langit kebangkitan Islam dari kejahilan pemikiran sempit dunia kepada keluasan ganjaran akhirat. Buku-buku hasil tangannya digalas, ditelaah oleh kader-kader dakwah. Method dan pandangannya menjadi rujukan seluruh dunia.

Bagi diri aku sendiri juga tidak terkecuali. Pemergiannya turut aku rasai. Masih ingat lagi ketika aku masih di tingkatan 4, seorang kakak menghadiahkan aku sebuah buku bertajuk “Apa Ertinya Saya Menganut Islam”.Ketika itu bukanlah sesuatu yang sangat dihargai memandangkan aku ini bukanlah suka membaca. Tetapi setelah dipaksa-dipaksa, itulah rasanya buku ilmiah pertama yang aku khatam. Nama “FATHI YAKAN” inilah antara tokoh gerakan Islam pertama yang aku hafal. Namun ketika itu, mengenali nama beliau dan membaca bukunya bukanlah sesuatu yang aku banggakan.Sehinggalah…

Aku melangkah ke matrikulasi. Disinilah aku mengenal erti kehidupan. Disinilah diri aku ditarbiah sehingga terjawab persoalan yang begitu susah difahami oleh manusia. Sehingga aku mampu untuk memberi jawapan “Siapa, dimana dan kemanakah aku?”. Barulah aku faham kenapa kakak itu menghadiahkan aku buku almarhum ustaz Fathi Yakan. Aku kembali mencari buku tersebut. Aku telaah dan baca dengan tertib berkali-kali.Ternyata ia mengandungi permata-permata ilmu yang sangat bernilai. Menghiasi dada dan jiwa aku yang kegersangan. Semoga Allah memberi ganjaran yang besar kepada beliau.

Beliau antara pelopor gerakan Islam Lubnan. Beliau sangat memberi penekanan kepada pembinaan jiwa remaja-remaja dan pemuda-pemuda Islam. Beliau menyifatkan mereka adalah asset yang amat bernilai bagi menyambung tugas yang pernah disandang oleh para sahabat yang majoritinya golongan remaja. Dan semestinya aku, tuan puan dan sahabat-sahabat sekalian juga tergolong dari golongan ini.

Perginya beliau semestinya masih meninggalkan semangat juangnya yang akan kekal sepanjang zaman. Ayuh, usah ditangisi pemergiannya tapi marilah kita menghayati semangat dan pengorbanannya menginfaqkan diri semata-mata demi agama tercinta.Tugasnya telah selesai tapi bagaimana pula kita?

Bersama kita hayati tulisannya : Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar ; Pemuda yang tiada peribadi, bersikap seperti kera; Pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang; Pemuda yang dijadiakan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, dususun oleh parti-parti kufur dan syaitan; Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka; tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.

Sunday, June 14, 2009

KEM HARAPAN SAPURA : 3 PESANAN PENTING

Disebabkan dah brjanji ngn adik2, trpaksalah aku upload gambar2 ni..apapn tahniah kpd daing,syuhada,huda,nasuha dan semua yg trlibat krn mmberi komitmen yg sgt tinggi.Ternyata semangat dakwah kalian trserlah dgn pengisian, dan gerak kerja yg telah dilakukan.Tahniah skali lg.Smg kalian akan menjadi penggerak utama SPMM yg disegani satu masa nanti.

Kepada adik2 kumpulan 10 warriors(kumpulan 7), igt 3 pesanan yg abang bagi sebelum ni elok2:
1. Belajar rajin2
2. Jaga solat
3. Tutup aurat
Igt abg sokm0 :)

\






Saturday, June 6, 2009

FIQH IKHTILAF 1

IJTIHAD ATAU TAASSUB

Dalam mendepani cabaran perjuangan Islam, perlu mengambil sifat ‘fatonah’ atau kecerdikan dalam melaksanakan tugas-tugas itu. Tanpa fatonah, maka perjuangan Islam adalah perjuangan yang dianggap sebagai jemaah yang ‘mandul’ dan ‘mati pucuk’. Seorang perempuan yang mandul atau lelaki yang mati pucuk, tidak memberi apa keistimewaan dalam kehidupannya, ekoran dari itu, perempuan atau lelaki tersebut akan merasakan dirinya bermasalah dalam menghadapi liku-liku kehidupannya itu. Antara ‘kefatonahan’ didalam Jemaah islam ialah Jemaah itu mempunyai kekuatan didalam berijtihad dalam melakukan beberapa tindakan. Ijtihad itu mestilah dilakukan bagi mereka yang berkemampuan dalam berijtihad. Mereka mesti berkelayakan dalam bidang ilmu-ilmu Islam dan memahami sesuatu benda yang hendak diijtihadkan.

Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan di dalam bukunya “fatawa Muasirah” jilid ke-2. di muka surat 649, ijtihad itu boleh berlaku dengan 3 sebab, iaitu seperti berikut;
a. Perkara yang tiada nas.
b. Perkara yang ada nas, tetapi mengandungi banyak tafsiran.
c. Perkara yang ada nas, tetapi mempunyai percanggahan dari segi pemahaman nas
tersebut nas - nas yang lain.

Perkara ijtihad juga berlaku kepada perkara-perkara yang mengandungi ‘zanniyatud dilalah’ atau pengambilan dalil secara zan. Adapun dalam perkara yang disepakati pemahamannya, tidak boleh lagi berlaku ijtihad padanya.

IKTILAF

Ikhtilaf bermaksud perbezaan. Perbezaan yang dimaksudkan adalah perbezaan pendapat dalam perkara-perkara yang diijtihadkan. Adapun perkara yang telah diijmakkan, atau ijtihad yang bersandar kepada dalil-dalil yang tidak betul, maka tidak boleh berlaku ikhtilaf padanya. Ikhtilaf itu boleh berlaku kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah atau fiqh.

IKHTILAF DALAM PERKARA AQIDAH

Aqidah mengikut ulasan Dr Basri Ibrahim didalam bukunya “Bidaah, ikhtilaf dan Maslamat umum’ perkara aqidah terbahagi kepada dua, iaitu aqidah dharuri dan aqidah nazhari.

Aqidah dharuri adalah aqidah yang tidak perlu dibahasakan panjang dan boleh difahami tanpa memikirkan secara mendalam, seperti kewujudan Allah, keesaan Allah, kewujudan Nabi SAW dan sebagainya.

Aqidah Nazhari pula adalah aqidah yang memerlukan kepada kajian. Ianya kadangkala berpunca dari pelbagai tafsiran dari ulama tentangnya, seperti ayah dan ibu nabi, adakah mereka ahli syurga atau tidak, Khaidir adakah seorang nabi atau tidak dan sebagainya. Dr Basri bin Ibrahim menyatakan, Aqidah Dharuri, dilarang berlaku ikhtilaf padanya, tetapi ikhtilaf boleh berlaku kepada perkara aqidah yang berbentuk Nazhari.

IKHTILAF DALAM PERKARA FIQH

Perkara fiqh adalah perkara yang selalu dikaitkan dengan ikhtilaf.

Walaubagaimanapun, tidak semua perkara yang yang berkaitan dengan fiqh boleh berlaku ikhtilaf, bahkan sekiranya sesuatu dalil yang dikemukakan terdiri dari ulasan yang tidak menepati dengan kehendak dan ‘turuq istinbat’ yang benar, maka ijtihad tersebut di tolak dan ternafilah ikhtilaf yang dibenarkan oleh Islam dalam masalah fiqh tersebut.

Persoalan berkenaan hukum murtad dibawah ketagori hukum hudud atau takzir adalah antara ikhtilaf fiqh yang tidak boleh ditoleransikan. Ini kerana, agenda meletakkan hukum murtad dibawah hukum takzir adalah agenda yang di lakukan oleh kelompok-kelompok secular yang sesat, menyesatkan.

Hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud;

“barangsiapa yang menukar akan agamanya (murtad), maka hendak bunuh akannya”

Jelas membuktikan hukuman bunuh kepada orang murtad.

Tetapi hakikatnya, mereka sengaja mengemukakan beberapa ‘isykal’ dan keraguan tentang hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan At-Tarmizi itu dengan mendakwa ianya adalah hadis ahad. Mereka beralasan, hadis ahad tidak boleh berhujjah dan dijadikan dalil bagi hukum-hukum yang berkaitan dengan fiqh jinayah dengan mengambil alasan

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud ;

“tolak olehmu akan hudud (tidak perlu laksanakan hudud) dengan (sebab) ada syubhat”

Menurut mereka, Hadis ahad tidak sampai kepada darjat yaqini, bahkan dia hanya sekadar darjat zanni. Disebabkan darjat zanni itulah menyebabkan ianya dikira sebagai syubhat,

Idea ini sebenarnya hakikat permulaan penolakan hukum Islam, ini kerana, banyak hukum-hukum dalam Islam bersandarkan kepada hadis-hadis Ahad. Apakah mereka tidak mengetahui bahawa tidak ada dalil atas perbuatan nabi menjatuhkan hukuman kepada orang yang melakukan liwat, tetapi hukumnya tetap disepakati oleh ulama sehinggakan sampai kepada darjat Ijmak Para Sahabat. Begitulah halnya kepada hukum bunuh kepada orang murtad. Adakah mereka berani mengatakan tindakan Saidina Abu Bakar as-siddiq membunuh orang yang ingkar membayar zakat sebagai sesuatu yang salah?

TOLERANSI DALAM PERKARA IKTILAF YANG DIBENARKAN

Ikhtilaf yang dibincang diatas telah kita perincikan. Dari ulasan tersebut, maka kita memahami bahawa ikhtilaf itu terbahagi kepada dua, iaitu ikhtilaf yang mesti di toleransikan dan ikhtilaf yang tidak boleh ditoleransikan.

Perkara ikhtilaf yang tidak boleh di toleransikan dikenali juga dengan nama “tanazuk” seperti

firman Allah Taala yang bermaksudnya;

“Maka jika kamu bertanazuk dalam sesuatu (urusan), maka hendaklah kamu kembali kepada Allah dan Ar-Rasul”

BIDAAH : ANTARA IKHTILAF ATAU TANAZUK

Perkara bidaah juga antara perkara yang sering dibincangkan oleh masyarakat Islam kini, terutama dari kalangan lepasan-lepasan dari benua India dan semenanjung arab.
Apa yang perlu difahami, bidaah adalah sesuatu perdebatan yang berada dibawah katagori ‘iktilaf’ bukan ‘tanazuk’.

SIKAP KITA KEPADA IKTILAF DAN TANAZUK

Sikap yang perlu dibina bagi menghadapi perkara “ikhtilaf” adalah seperti berkata Syaikh Sayed Ridha yang maksudnya;

“Bantu membantu pada perkara yang disepakati atasnya dan bertoleransi setengah kita dengan setengah (yang lain) pada perkara yang di iktilafkan padanya”

Adapun sikap kita dalam menghadap tanazuk adalah, kita mesti lawan sehinggakan kebenaran itu jelas dan terlaksana di muka bumi.

Firman Allah Taala lagi yang bermaksud ;
"apabila datang kebenaran dan hancur kebatilan, sesungguhnya kebatilan adalah sesuatu yang binasa”.
KESIMPULAN
Wahai Umat Islam, berhentilah dari bertikam lidah dalam perkara iktilaf. Jika perkara ikhtilaf hendak dibincangkan juga, bincangkan dalam keadaan adil, tanpa kutuk mengutuk, bermasam muka, bahkan berbincanglah perkara tersebut dengan muka yang senyum, berkasih sayang dan boleh menjadikan kita berpeluk sesame kita selepas dari perbincangan tersebut.

Marilah kita bersatu dalam menghadapi perkara ‘tanazuk’. Melawan dalam menghadapi golongan syirik, tidak kira ianya orang melayu atau orang bukan melayu. Melayu bukan bukti kebenaran, tetapi kebenaran itu datang dengan Islam.

Takbirr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!